Program Latihan Kewangan Islam : Asas Struktur dan Aplikasi dalam Operasi KO-NELAYAN

Program Latihan Kewangan Islam : Asas Struktur dan Aplikasi dalam Operasi KO-NELAYAN

Program Latihan Kewangan Islam
10 Jun 2026
Program
Sabah

Program Latihan Kewangan Islam : Asas Struktur dan Aplikasi dalam Operasi KO-NELAYAN

Program Latihan Kewangan Islam : Asas Struktur dan Aplikasi dalam Operasi KO-NELAYAN diadakan pada 10 Jun sehingga 11 Jun 2026 bertempat di Bilik Persidangan Samudera, Ko-Nelayan. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hasanan Yunus dari Bursa Malaysia Islamic Services (BMIS) Sdn Bhd. Program latihan selama dua hari ini merangkumi pelbagai topik berkaitan kewangan Islam, antaranya Asas dan Prinsip Kewangan Islam serta Aplikasi, Struktur dan Operasi Kewangan Islam.

Hadir dalam program ini Datuk Hj. Yusof Hj. Ag. Besar, Pengurus Besar KO-NELAYAN, Tuan Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar, Pn. Dahara Hj. Paro, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Nelayan, Pn. Dg. Adrina Fatiah, Ketua Unit Pengurusan Kredit serta para pegawai dan kakitangan KO-NELAYAN.

Program ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan dan kefahaman warga kerja KO-NELAYAN terhadap prinsip serta aplikasi kewangan Islam dalam pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan, berintegriti dan mematuhi kehendak syariah.

PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN SABAH MAJU JAYA MALAYSIA MADANI

ukkkonelayan #konelayansabah

Kembali ke Aktiviti 2026